7 Jan 2013

Senyumlahh~~




Assalamualaikum. . .

Pada suatu hari yang hening... Aku keluar bersiar-siar menaiki motorsikal... lebih kurang camni la...


Ehh..jap,ni motor ke baisikal? o.O


Hakhak...time tu aku baru je lepas menghantar adik aku yang perempuan masuk asrama...muehehe... Pastu aku pun konon2nya nak pergi membeli barang sebotol air untuk menghilangkan rasa dahaga tahap tak ingat aku tu...Itu pun setelah tekak aku melagukan lagu rock hardcore seakan2 memberi amaran 'kalau kau tak isi air yang sejuk lagi fresh sekarang gak,aku boikot kau dengan taknak mengeluarkan suara lagi' haha...Amboi,berat nih,otak aku mula berkata.. (eh,boleh berkata ke? haha).


Aku pun bawak la motor dalam kelajuan 60km/jam,slow je sebab nak bajet ayu kan,hakhak..... karang bawak laju2 tak sempat lak aku nak mengushar mamat2 handsome yang mungkin berada di sepanjang perjalanan ke destinasi aku tu..haha.. :3. Dalam pada aku berkhayal-khayal tu...hai..bila la putera raja nk kirim salam kat aku ni?.haha...Tetiba ada sorang mamat hensem  lelaki yang juga menaiki motorsikal dari arah bertentangan kelihatannya sedang tersenyum ke arah aku.Aku pun macam,ehhhhhhhh....dia senyum kat aku ke?. Aku dah serba salah..nak balas ke tak ni?..Bila aku tenung sepintas lalu,rupa2nya yang senyum kat aku tu ialahhhh.....Apek mana ntah! =_=''



Hamek kau..gigi pun takde :P






Kalau Apek yang ni takpe la jugak...kih3 ^_^
                                             



Maka akibat terkejut yang amat sangat,aku hampir terbabas ke pembahagi jalan.. (bajet jalan2 kampung ada pembahagi jalan? haha ).Whaaattt.. -_- apakah semua ni?. Hancur berkecai angan2 aku... haizzz....Mana mamat handsome yang aku tercari-cari ni?.. Hurmm..tanpa memandang lagi ke arah apek tadi tu,aku meneruskan perjalanan dengan lajunya...Dalam hati masih mengharap-harap nak bertembung dengan mamat handsome..hakhak.Sementara tu,kat telinga aku ni dah bersumbat gan earphone,memang tak dengar la apa2 bunyi selain dari suara Gerard Way yang memekak dengan lagu Helena~~.. Sedang aku khayal2 dengar lagu tu,ada plak dua orang budak lelaki bawak motor sambil melambai2 kat aku.



Hai..Cik adik cun..mai lah join kami :)

Agaknya itulah kot yang diorang cuba sampaikan kat aku..(part cun yang tak boleh blah tu.nampak sangat aku yang mereka-reka dialog tu..hakhak ).So,memang taklah kan aku nak pandang,kalau ajak naik supra ke,bmw ke nak jugak aku senyum2 kann...hahaha...ceh jual mahal la kunun.. Yang peliknya diorang pun senyum jer kat aku.Aku pun macam,ehh...sambil merenung side mirror motor aku,adakah something wrong with my face?. Adakah hidung aku senget?.o.O..Eh..tak mungkin,aku tau hidung aku ok je...haha...


Maka..aku meneruskan lagi perjalanan aku,teetttt....sampai dah destinasi.Yess..100 plus berjaya menenangkan tekak aku yang menjerit2 tadi..Alhamdulillah :) . So...aku nak balik rumah la pulak kan.. On my way home...aku nampak lagi dua orang mamat kat tepi jalan nak melintas jalan agaknya... Aku pun laju semacam jela,malas dah nak pandang2,takde jugak mana2 mamat handsome...ishh..Tetiba aku dengar,'weiiiii!! Emma Watson (bukan nama sebenar,haha),aku yang tengah laju ni,agak terkesima la sekejap,pastu aku pun pandang la belakang,laaa...rupa2nya mamat tadi tu member aku mase sekolah rendah dulu?.Masih dia ingat pada aku rupanya..haha...Diorang pun tersenyum je kat aku.Aku hanya mampu memandang jela....semoga kau selamat melintas jalan lah hendaknya..haha..



Sebelum sampai ke rumah aku,aku singgah dulu ke rumah cousin aku,dengan harapan nak melepak dengan dia sekejap.Pada masa yang sama tetiba my dear grandmother plak ada misi yang nak diberi...



Dear Grandmother : Eh,Ema datang ke? Dari mana ni?
Me                        : Baru je lepas balik dari kedai ni opah...
Dear Grandmother : Haaa....elok sangat la tu... gih temankan cousin kamu ni plak gi  kedai beli barang sikit.
Me                        : Kedai lagi? erkkk.....( Dalam hati speaking plak opah aku ni) haha




Maka..aku pun temankan lah sepupu aku tuh gi kedai plak..atas request opah aku tadi..haha... Andd....guess what?..benda yang aku alami tadi terjadi lagi.. So many random people just smile at us,like they know us for years... I mean,when we pass them even on a short time on a road...they can still gave us a friendly smile,which is good i guess?.. Theres a saying that said,.......




And then....






Jadi,aku rasa baguih la diorang hadiahkan senyuman kat kita,walaupun diorang tak kenal pun makhluk apa kita ni... (erkkk...adakah makhluk? :o ) Aku je duk pikir bukan2,bersangka yang bukan2 kat orang..(Sila jangan mencontohi aku ) haha...Tapi....jangan lupa...senyum yang melebih-lebih boleh membawa kepada benda tak elok plak...Beware... hihihi...... Salam selamat kepada semua... Thank you for reading this entry..~


May peace be upon you..





2 comments:

  1. Replies
    1. nak mamat nsem yang ngorat!! hahaha
      ok... x... main2 jer.. hihi

      Delete